Pentadbir


Warga SKKP2

Masa

Ulti Clocks content

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Panorama Pilihan

Pelawat Dalam Talian

Kami ada 11 tetamu online

Jumlah Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini279
mod_vvisit_counterSemalam89
mod_vvisit_counterMinggu Ini370
mod_vvisit_counterBulan Ini6030
mod_vvisit_counterKeseluruhan614813

Lokasi Pengunjung

free counters

Langgani Berita Kami

Program Panji-panji UPSR dan Majlis Mohon Restu

By Administrator, on 19-09-2010 19:13

Views : 3069

Favoured : 198

Published in : Berita, TERKINI

Program Kecemerlangan UPSR pada tahun ini saya anggap antara yang terbaik pernah dilaksanakan. Pihak sekolah telah menyusun dan mengadakan pelbagai program yang terbaik dan sangat bermanfaat untuk murid-murid tahun 6 demi mencapai kecemerlangan dalam UPSR pada tahun ini.

Program Panji-panji UPSR dan Majlis Mohon Doa Restu telah diadakan pada 17 September yang lalu. Dua majlis ini telah dilangsungkan pada satu hari yang cukup indah. Setiap acaranya diatur dan disusun dengan sempurna. Program Panji-panji UPSR pula dilancarkan oleh wakil dari PPD iaitu En. Suhaimi b. Shaharani. Saya nampak keunikannya dalam 'istiadat' yang dilaksanakan. Permulaannya adalah pembacaan kata-kata ikrar oleh setiap ketua kelas tahun 6 yang mana diikuti oleh semua murid kelasnya. Seterusnya banting panji UPSR diserahkan oleh En.Suhaimi kepada ketua kelas. Pembacaan ikrar ini simbolik akujanji murid dan sekali gus sebagai pendorong untuk mereka menempuh UPSR pada tahun ini. Pembacaan ikrar dibuat berterusan oleh semua kelas iaitu 6 Perdana,  6 Waja, 6 Wira, 6 Satria, 6 Putra, 6 Juara dan 6 Tiara. Acara ini dilakukan dihadapan En. Suhaimi sendiri dengan disaksikan oleh semua guru dan murid. Pada saya amat mendalam pengertiaannya dan menyentuh kesannya.

Majlis Mohon Doa Restu

Di penghujung program, acara memohon restu paling istimewa. Guru-guru telah berbaris didahului oleh En. Suhaimi, Tuan Guru Besar dan barisan GPK untuk memberi peluang kepada murid-murid tahun enam ini bersalaman dengan guru-guru yang telah menaburkan ilmu dan tunjuk ajar. Memohon ampun dan maaf, keberkatan ilmu yang diterima selama ini dan doa restu dari guru tersayang... suasana yang syahdu tercipta. Acara ini diiringi bacaan selawat yang diketuai oleh Ustaz Nazli. Semoga majlis yang telah berlangsung mendapat keredhaan dan keberkatan dariNya..InsyaAllah.mudah-mudahan.. AMIN.

Last update: 20-09-2010 12:42

User comments Quote this article in website Favoured Print Send to friend Save this to del.icio.us Related articles Read more...
PDF