Pentadbir


Warga SKKP2

Masa

Ulti Clocks content

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Panorama Pilihan

Pelawat Dalam Talian

Kami ada 19 tetamu online

Jumlah Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini81
mod_vvisit_counterSemalam504
mod_vvisit_counterMinggu Ini2001
mod_vvisit_counterBulan Ini81
mod_vvisit_counterKeseluruhan664474

Lokasi Pengunjung

free counters

Langgani Berita Kami

feed-image Feed Entries
Portal Web Rasmi SK Kangkar Pulai 2, Johor Bahru
HEBAHAN: Permohonan Penempatan Murid Ke Tahun 1 Bagi PersekolahanTahun 2015 dan 2016

By Administrator, on 16-03-2014 22:14

Views : 385

Favoured : 75

Published in : Berita, Hebahan

Perhatian

Para ibu bapa / penjaga

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan perlaksanaan Pendidikan Wajib Sekolah Rendah mulai 1 Januari 2003. Sehubungan dengan itu tuan puan adalah dipohon melaksanakannya mengikut prosedur ditetapkan seperti berikut:

1.1 Semua permohonan penempatan kanak-kanak masuk ke sekolah rendah hanya boleh dibuat seawal dua tahun sebelum kanak-kanak itu bersekolah bagi kumpulan berikut:

  • Kanak-kanak yang lahir 2.1.2008 hingga 1.1.2009 yang belum membuat permohonan penempatan untuk tahun persekolahan 2015 dan
  • Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2009 hingga 1.1.2010 untuk tahun persekolahan 2016.

1.2 Jadual permohonan penempatan adalah seperti berikut:

Tarikh: 1 Mac 2014 hingga 31 Mac 2014
Hari: Ahad hingga Khamis
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang

Harap maklum. Sekian terima kasih.

Last update: 16-03-2014 22:38

User comments Quote this article in website Favoured Print Send to friend Save this to del.icio.us Related articles Read more...
PDF
 
Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas 2014

By Administrator, on 19-02-2014 14:27

Views : 500

Favoured : 84

Published in : Berita, TERKINI

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas 2014 telah diadakan pada hari Ahad 16 Februari 2014 yang lalu. Majlis penyerahan watikah sesi pagi telah dilaksanakan oleh Ketua Balai, Balai Polis Kangkar Pulai. Manakala pada sesi petang telah disempurnakan oleh Guru Besar Tuan Haji Jais bin Sudin. Selesai sahaja majlis penyerahan watikah semua barisan pengawas, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas berdiri membacakan ikrar yang diketuai Ketua Pengawas.

Objektif majlis ini ialah bertujuan memberi pengiktirafan dan semangat kepada Pengawas, Pengawas Sumber, Ketua dan Penolong  Darjah Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai 2 sesi 2014 supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh bertanggungjawab. Tahniah diucapkan kepada semua barisan pemimpin murid yang telah dilantik bagi tahun 2014. Selamat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Last update: 23-02-2014 17:27

User comments Quote this article in website Favoured Print Send to friend Save this to del.icio.us Related articles Read more...
PDF
 
Majlis Perpisahan Guru Besar Razali bin Lan

By Administrator, on 19-02-2014 13:35

Views : 501

Favoured : 81

Published in : Berita, TERKINI

Pepatah mengatakan yang patah tumbuh yang hilang berganti namun dua tiga kucing berlari mana nak sama si kucing belang dua tiga boleh dicari mana nak sama En Razali seorang. Sedih melepaskan namun ini juga tuntutan tanggungjawab yang perlu ditunaikan. Majlis Perpisahan En Razali bin Lan telah diadakan pada 13 Februari 2014 yang lalu demi merai hari terakhir beliau bertugas di SK Kangkar Pulai 2. Kompang dipalu dan cendeharati disampaikan sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada beliau selaku guru besar yang memimpin warga SK Kangkar Pulai sejak 2012. Biar hanya 2 tahun pelbagai sumbangan idea dan hasil usaha telah dibuat oleh beliau demi kebaikan dan kemajuan sekolah. Terima kasih cikgu jasamu tetap diingati dan disanjung tinggi. Tuai padi antara masak, esok jangan layu-layuan, intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan.

Last update: 19-02-2014 14:16

User comments Quote this article in website Favoured Print Send to friend Save this to del.icio.us Related articles Read more...
PDF
 
PEMBERITAHUAN: Aktiviti Kokurikulum 2014

By Administrator, on 12-01-2014 11:10

Views : 633

Favoured : 87

Published in : Berita, Makluman

Perhatian:

Ibu bapa/Penjaga


Dimaklumkan bahawa aktiviti kokurikulum SK Kangkar Pulai 2 2014 adalah seperti ketetapan berikut:

Hari

Masa

Aktiviti

Selasa

7.15 pagi – 8.15 pagi

Sukan dan Permainan

Rabu

12.00 tgh – 1.00 ptg

Unit Beruniform /

Kelab dan Persatuan

Last update: 12-01-2014 11:21

User comments Quote this article in website Favoured Print Send to friend Save this to del.icio.us Related articles Read more...
PDF
 
Sambutan Hari Kanak-kanak 2013

By Administrator, on 15-11-2013 11:41

Views : 721

Favoured : 103

Published in : Berita, TERKINI

Sambutan Hari Kanak-kanak di sesi petang telah djalankan secara ringkas tetapi meriah. Syarikat Southern Lion Sdn. Bhd. telah dijemput menyampaikan pengetahuan tentang amalan kebersihan diri. Kuiz secara lisan menjadi tumpuan semua murid. Murid-murid yang berjaya menjawab soalan dengan betul telah menerima hadiah. Kehadiran maskot Kodomo Lion telah menggamit perhatian murid-murid. Semua murid bersorak gembira.

Setelah selesai slot bersama Kodomo Lion murid-murid terlibat dalam pertandingan mewarna gambar yang berlatarbelakang Sambutan Hari Kanak-kanak. Acara kemuncak yang paling meriah ialah penglibatan murid-murid dalam mempersembahkan bakat terpendam masing-masing.Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berani naik ke pentas menyampaikan persembahan kalian.

Last update: 15-11-2013 12:54

User comments Quote this article in website Favoured Print Send to friend Save this to del.icio.us Related articles Read more...
PDF
 
Majlis Anugerah Cemerlang dan Graduasi Kali ke-10

By Administrator, on 15-11-2013 09:43

Views : 766

Favoured : 112

Published in : Berita, TERKINI

Majlis Anugerah Cemerlang dan Graduasi kali ke-10 telah diadakan pada 13 November 2013 yang lalu. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Hj Abd Razak bin Mohamad, Pengerusi Task Force Negeri Johor. Majlis Anugerah Cemerlang dan Graduasi ini merupakan keprihatinan sekolah sebagai pengiktirafan kepada para pelajar yang berprestasi cemerlang dalam akademik bagi tahun 2013. Di samping itu memberi sumber inspirasi dan memotivasikan pelajar memperbaharui anjakan paradigma dan berdaya saing dalam menimba ilmu.

Secara keseluruhannya majlis ini dapat dilaksanakan dengan jayanya sebagaimana yang dirancang. Semangat kerjasama dan kesungguhan yang dipamerkan oleh setiap ahli jawatankuasa semasa aktiviti persiapan dalam menjayakan majlis ini amat membanggakan. Hasilnya dijelmakan dengan dekorasi pentas yang mengagumkan dan pengurusan penyampaian hadiah yang sistematik serta persembahan murid yang baik. Selain itu pengacaraan majlis yang lancar dan sistem siaraya yang jelas melancarkan aturcara majlis.

Semoga detik-detik manis sepanjang majlis ini memberi kenangan indah kepada penerima anugerah untuk diabadikan dalam sejarah lipatan kehidupan.

Last update: 15-11-2013 11:12

User comments Quote this article in website Favoured Print Send to friend Save this to del.icio.us Related articles Read more...
PDF
 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Seterusnya > Tamat >>

Muka 1 daripada 25